Aku seorang kaki pancing, hobi aku ialah memancing ikan. Semasa kecik2 dlu, hampir setiap hari aku pegi tangkap ikan. Longkang, parit, anak sungai, paya, dan lombong tak pernah terlepas dari kunjungan aku. Semasa cuti sekolah, abah akan keluar kerja pukul 7.30 pg, maka aku akan keluar ke sungai pada pukul 7.31 pg. Sekiranya jam 8 a.m abah keluar kerja, maka 8.01 a.m lah aku keluar ke sungai dan begitulah seterusnya. Umar, teman sepermainan aku separuh masa dan Apis, adik aku sepenuh masa sering menemani aku ke sungai menangkap ikan. Adakalanya ketika kami sedang leka mengail ikan, seketul anak batu hinggap di badan, pedihnya bukan kepalang. Kami sedar kami perlu menyelamatkan diri dengan segera. Dari jauh kelihatan Wak Cerming sedang memegang sebatang lastik sambil menunggang motorsikal Honda C10nya. Nampaknya beliau marah apabila kami bermain di anak sungainya. Bagaikan ribut, kami lari bertempiaran menyelamatkan diri. Wak mengejar kami dengan menunggang motor buruknya itu, tapi kami berasa seronok dikejar kerana pada masa yang sama kami boleh bermain kejar-kejar. Pada waktu tengahari, aku mesti sampai ke rumah sebelum 12.30 tghari kerana abah akan pulang makan tengahari. Aku mesti segera menyalin seluar aku yg basah dan berbau hanyir. Walaubagaimanapun, taktik aku berjaya dikesan abah. Dengan hanya soal siasat yang ringkas, aku berjaya disabit kesalahan merayau ke sungai. Abah pun merotan aku. Aku menangis. Petangnya pula, abah akan keluar kembali ke tempat kerja jam 2 petang. Sebelum tu, abah berpesan kepada mama supaya jgn membenarkan aku keluar rumah. Apabila jam menunjukkan 2.05 petang, kami dah pun berkumpul di tepi sungai untuk sesi menangkap ikan yang berikutnya.
EPILOG
Kini, semuanya telah berubah. Masing-masing telah pun besar dan matang untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang kaki pancing. Dah tak der lagi buat joran guna batang bertam mahupun batang ubi. Umar kini telah pun berhijrah ke Perak bersama keluarganya. Adik aku Hafiz plak dah kerja di KLIA, dah berkerjaya maka senanglah untuk keluar pergi memancing ke mana sahaja dengan keretanya itu. Aku pula terperangkap dengan kesibukan sebagai seorang pelajar dan sukar memberi komitmen untuk keluar memancing. Tapi bila berkesempatan untuk keluar memancing pasti aku takkan melepaskannya. Dahla tu, esok2 plak kita sambung ek.
No comments:
Post a Comment
...