Wednesday 13 August 2008

Saturday 9 August 2008

Khas untuk ko

Hadiah Harijadi

Pada Suatu Hari, Usop Jendul Nak Belikan Hadiah Harijadi Untuk Kekasih Barunya, Mek Ayu. So Si Usop Ni Pun Ajaklah Adik Perempuan Sepupunya Untuk Temankan Dia Shopping Kat SOGO. Oleh Kerana Mereka Baru Dua Bulan Berkawan, Jadi Si Usop Jendul Membuat Keputusan Untuk Membelikan Mek Ayu Satu Topi Kain Fesyen Baru Saje, Supaya Taklah Nampak Dia Beriya-Iya Sangat. Adik Sepupu Usop Pulak Pegi Beli Satu Seluar Dalam Hitam Berbunga-Bunga Baru Sebab Ada Sale Hari Itu. Masa Membayar, Dengan Tak Sengaja Cashier Dah Tertukar Kotak Topi Kain Hitam Tu Dengan Seluar Dalam Hitam Adik Sepupu Usop! Selepas Membayar Usop Jendul Pun Terus Pergi Kaunter Hadiah Dan Suruh Diorang Bungkus Tanpa Check Dulu. Kemudian Dia Balik Ke Rumah Dan Tulis Surat Untuk Mek Ayu SertaMengeposkannya Bersama Hadiah Yang Dah Tersilap Tu.

Surat Yang Dia Tulis Tu Berbunyi Cam Nie :

Istimewa Untuk Kekasihku Mek Ayu,
Usop Pilih Hadiah Nie Kerana Ayu Tak Pernah Pakai Bila Kita Keluar Jalan-Jalan Dan Selalu Mengadu Sebab Panas. Kalau Bukan Sebab Adik Sepupu Usop, Usop Dah Nak Beli Yang Lagi Jarang Supaya Kalau Berpeluh Tak Lembab Sangat. Tapi Usop Tengok Adik Sepupu Usop Pakai Yang Ada Bunga Tu Nampak Cantik Pulak. Usop Pilih Warna Hitam Tu Supaya Tak Nampak Kotor. Promoter Yang Jual Tu Tunjuk Dia Punya Dah Seminggu Tak Basuh. Nampak Elok Aje! Usop Suruh Dia Try Ayu Punya Sebab Saiz Promoter Tu Lebih Kurang Ayu Je. Memang Cantik Dan Menarik! Harapnya Ayu Suka Sebab Usop Rasa Memang Sesuai Dengan Ayu. Tak Sabar Rasanya Nak Tengok Ayu Pakai Depan Usop. Usop Harap Ayu Akan Pakai Untuk Usop Hujung Minggu Nie.

Salam Sayang Untuk Kekasihku, Mek Ayu...

P/S : Kalau Ayu Nak Pakai, Usop Nampak Stail Terbaru Ialah Dengan Melipat Bahagian Depan Dan Menampakkan Sedikit Rambut.

Yang Menyayangimu,

Usop Jendul

Moral : Jangan Tergesa-Gesa Kalau Buat Apa-Apa Tu. Biar Lambat Asal Selamat. Kengkawan Tentu Dapat Bayangkan Apa Yang Usop Jendul Terima Bila Dia Bertemu Kekasih Barunya Mek Ayu Tu...!!

Kisah telur ayam (tlur tlur tu, da!da!da!)

Sebermula kisah, Shahrul Hanafi ingin makan nasi berlaukkan telur ayam goreng. Lalu, beliau meminta kepada mama untuk menggorengkan sebiji telur.

Lalu bertanya si ibu, “nak telur mata kerbau ke, telur dadar?”

“nak telur ayam…..”balas si Shahrul Hanafi.

“Ye la…tapi telur mata kerbau ke telur dadar?” mama bertanya kembali.

“telur ayam la….yang kat dalam peti sejuk itu…” balas Shahrul Hanafi.

Malam itu…seluruh isi rumah tidak dapat menahan gelak mereka…

Thursday 7 August 2008

Wachaaa!!!tak guna!!!!!Karate maut – kuasa 999, 999 hp (approx. 100 petala langit)!!!!

Sedang aku mengelamun tetiba aku teringat satu ketika dahulu semasa aku masih lagi di dalam tingkatan 2. Aku seorang pengawas perpustakaan asrama , time form 1 & form 2 dlu aku skema sket sebab slalu lepak library.tapi form 3 aku quit sebab slalu lambat pulang buku – so aku dah tak lepak library dah takut kene marah sebab lewat pulang buku.

Dipendekkan cerita setiap akhir tahun akan diadakan jamuan dan semua orang bertukar-tukar hadiah – setiap org cabut nombor,klu dapat hadiah best bertuah la. Entah camner aku dapat hadiah yang kecik tapi solid, aku ingat hadiah mahal la tapi rupe2nyer sabun buku FAB!!sialan!!!

Rasenyer time form 1 dlu pun aku dapat hadiah yg camsial gak tapi tak ingatla aper dier.

p/s: maner2 ex-librarian ATUDISMA yg terbaca pasal bende nih cpt2la ngaku.aku tak marah….

Wednesday 6 August 2008

korek hidung (gold mining)

Seorang sahabat telah menceritakan bahawa seorang doktor telah berkata:

“barangsiapa yang korek hidungnya maka hendaklah dia menggunakan cotton bud”.

Lalu aku bertanya, “mengapa beliau berkata yang demikian wahai sahabat?”.

Beliau menjawab bahawa mengorek hidung dgn tangan itu adalah sangat tidak menyihatkan disebabkan oleh kuman-kuman dan juga bakteria yang terlekat di jari-jemari kita. Lain pula bagi cotton bud, ia sememangnya telah disteril semasa dikilangkan.

“LOL, kalau begitu maka hilanglah keseronokan dan kenikmatan mengorek hidung!!”.

Tuesday 5 August 2008

Aku Kaki Pancing

Aku seorang kaki pancing, hobi aku ialah memancing ikan. Semasa kecik2 dlu, hampir setiap hari aku pegi tangkap ikan. Longkang, parit, anak sungai, paya, dan lombong tak pernah terlepas dari kunjungan aku. Semasa cuti sekolah, abah akan keluar kerja pukul 7.30 pg, maka aku akan keluar ke sungai pada pukul 7.31 pg. Sekiranya jam 8 a.m abah keluar kerja, maka 8.01 a.m lah aku keluar ke sungai dan begitulah seterusnya. Umar, teman sepermainan aku separuh masa dan Apis, adik aku sepenuh masa sering menemani aku ke sungai menangkap ikan. Adakalanya ketika kami sedang leka mengail ikan, seketul anak batu hinggap di badan, pedihnya bukan kepalang. Kami sedar kami perlu menyelamatkan diri dengan segera. Dari jauh kelihatan Wak Cerming sedang memegang sebatang lastik sambil menunggang motorsikal Honda C10nya. Nampaknya beliau marah apabila kami bermain di anak sungainya. Bagaikan ribut, kami lari bertempiaran menyelamatkan diri. Wak mengejar kami dengan menunggang motor buruknya itu, tapi kami berasa seronok dikejar kerana pada masa yang sama kami boleh bermain kejar-kejar. Pada waktu tengahari, aku mesti sampai ke rumah sebelum 12.30 tghari kerana abah akan pulang makan tengahari. Aku mesti segera menyalin seluar aku yg basah dan berbau hanyir. Walaubagaimanapun, taktik aku berjaya dikesan abah. Dengan hanya soal siasat yang ringkas, aku berjaya disabit kesalahan merayau ke sungai. Abah pun merotan aku. Aku menangis. Petangnya pula, abah akan keluar kembali ke tempat kerja jam 2 petang. Sebelum tu, abah berpesan kepada mama supaya jgn membenarkan aku keluar rumah. Apabila jam menunjukkan 2.05 petang, kami dah pun berkumpul di tepi sungai untuk sesi menangkap ikan yang berikutnya.

EPILOG

Kini, semuanya telah berubah. Masing-masing telah pun besar dan matang untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang kaki pancing. Dah tak der lagi buat joran guna batang bertam mahupun batang ubi. Umar kini telah pun berhijrah ke Perak bersama keluarganya. Adik aku Hafiz plak dah kerja di KLIA, dah berkerjaya maka senanglah untuk keluar pergi memancing ke mana sahaja dengan keretanya itu. Aku pula terperangkap dengan kesibukan sebagai seorang pelajar dan sukar memberi komitmen untuk keluar memancing. Tapi bila berkesempatan untuk keluar memancing pasti aku takkan melepaskannya. Dahla tu, esok2 plak kita sambung ek.